Saturday, June 23, 2018

Zahid Hamidi tinjau ufuk UMNO yang kelam.

Zahid jadi orang hebat membelasah Rahim Thamby Chik yang dituduh terpalit dengan skandal seks,  sebaik pulang dari China tahun 1994.  Zahid sekali lagi mengaum pada tahun 1998, menghentak Mahathir dengan mendesak unsur nepotisme dan kronisme dalam kerajaan dihapuskan. Ramai melihat beliau bercakap bagi pihak Anwar Ibrahim dalam kedua-dua insiden. 

Kali ini Zahid berapi-rapi mengatakan yang beliau bukan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong mahu berjumpa Tun Mahathir pada 7 jun 2018, sebaliknya dijemput. Khairuddin Abu Hassan dengan segera menempelak. "Zahid yang merayu untuk berjumpa Tun!" katanya.

Kalau dulu pada tahun 1994 dan 1998 Zahid bercakap bagi pihak Anwar Ibrahim, kali ini Zahid bercakap kepada semua ahli Umno dan rakyat Malaysia atas kapasiti dirinya sendiri, Ahli Parlimen Bagan Datuk, pemangku presiden Umno dan sebagai anak Raden Hamidi Abdul Fatah.

Apakah ucapan Zahid berkaitan siapa mahu jumpa siapa antara Zahid dengan Tun Mahathir pada sambutan Aidilfitri anjuran UMNO Selangor di PWTC baru-baru ini, menjadi titik bermulanya nasib Zahid yang malang dalam kempen pemilihan UMNO 2018.

Di gigi laut Bagan Datuk ufuk jelas kelihatan, tapi ufuk sukar dilihat dalam kemelut kepimpinan Umno.

Tuesday, June 19, 2018

Najib Rosmah makan angin di Langkawi ganti Bali yang tak jadi

LANGKAWI - Selepas berdepan pelbagai kemelut sejurus BN tumbang pada PRU14 lalu, akhirnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor berpeluang ‘makan angin’ di Pulau Langkawi.

Najib dan Rosmah bersama 12 ahli keluarga yang lain tiba di pulau peranginan bebas cukai itu pada 7.50 malam tadi untuk bercuti  sempena Aidilfitri.

Mereka sekeluarga difahamkan menginap di St Regis Hotel, Langkawi.
Ketua Umno Bahagian Langkawi,  Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata, Najib bersama ahli keluarganya sering bercuti di sini pada hari raya untuk berehat.
"Najib dan keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 7.50 malam dan disambut pemimpin Umno negeri.

"Bagaimanapun, tiada perjumpaan rasmi bersama pemimpin Umno negeri diadakan. Sebaliknya, kedatangan kami hanya menyambut beliau yang mahu bercuti.
"Esok beliau (Najib) akan bermain golf dan bersantai sambil menyediakan barbeku bersama keluarganya," katanya memetik laporan Berita Harian.

Sementara itu, bekas Adun Kuah Nor Saidi Nanyan berkata, kedatangan mereka di lapangan terbang hanya sekadar ingin memberi sokongan moral kepada Najib sekeluarga.

"Tiada perjumpaan tertutup bersama pemimpin Umno sebaliknya beliau datang ke sini bersama keluarga untuk bercuti," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan Najib dan Rosmah masih berada dalam negara.

Menurutnya, bekas Presiden Umno itu hanya dibenarkan bercuti dalam negara kerana dihalang keluar negara oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan skandal 1MDB.

Bahkan, Mustafar turut menafikan spekulasi bahawa Najib, Rosmah dan keluarga akan menyusup ke Thailand menerusi sempadan Langkawi.

(sinarharian 17/6/2018)

Tuesday, June 12, 2018

Ada lagi barang mewah dijumpai!!

Rupa-rupanya ada lagi barang mewah dijumpai, kali ini di sebuah rumah cuma 200m dari kediaman resmi bekas Perdana Menteri,  Menurut sumber, barang mewah berupa beg tangan dan kasut berjenama serta  barang kemas antara yang dirampas dari sebuah rumah bungalow di presint 10. 




Pemimpin UMNO perlu buang tabiat negatif.

Umno ada Nazri Aziz, Tajuddin Abdul Rahman, Noh Omar dan Jamal Yunos sebagai pemimpin. Mereka ini "special" kerana sering mempamirkan watak pantang dicabar. Dikalangan kawan-kawan mereka, kerenah sebegini tentu segera dapat ucap tahniah. Tetapi apa pula pandangan dan perasaan rakyat umum yang 5 tahun sekali akan turun mengundi. Adakah rakyat selesa memilih pemimpin pantang dicabar, namun kecerdasan, kebijaksanaan dan keberanian tidak pula kelihatan.

Apabila Ahli Parlimen Paya Besar Sahar Abdullah mengingatkan Syed Saddiq supaya jangan menyibuk dengan urusan pemilihan UMNO, maka bertambah lagilah  pemimpin UMNO dengan tabiat negatif.  Budaya tak mahu terima pandangan, budaya tak boleh ditegur sebeginilah yang menyebabkan UMNO dan BN tersungkur dalam PRU14. Skandal sebesar 1MDB menjadi non issue dicelah-celah budaya negatif seperti ini. 

Rakyat mahukan pemimpin yang cerdas, bijak, berani dan berhemah, tentu sekali bukan samseng.  

Monday, June 11, 2018

Masih awal untuk Najib dabik tidak bersalah.

Najib dilaporkan memberi reaksi terhadap kenyataan Mahathir di Jepun dengan mengatakan PH membuat segala tuduhan (1MDB) keatasnya tanpa bukti kukuh.  Kita boleh beri simpati kepada Najib atas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14 baru-baru ini, tetapi untuk Najib mendabik dada yakin beliau tidak bersalah, itu agak keterlaluan. Terlalu keanak-anakan.

Barang kemas dan beg tangan pun masih belum selesai dikira berapa juta RM nilainya, Jho Low dan Nik Faisal pun masih belum dapat ditangkap,  oleh itu Najib tidak perlu beri kenyataan tidak bersalah.  


Ramai menjangka Suboh Md Yassin yang telah menyerah diri kepada SPRM baru-baru ini telah memberi kesan positif kepada penyiasatan salahlaku disebalik 1MDB dan SRC. 


Amat baik untuk Najib terus bermuhasabah serta berlapang dada, dari pantas mendabik dada konon tidak bersalah.



Zahid Hamidi tinjau ufuk UMNO yang kelam.

Zahid jadi orang hebat membelasah Rahim Thamby Chik yang dituduh terpalit dengan skandal seks,  sebaik pulang dari China tahun 1994.  Zahid ...